Syarat Wajib Puasa

Bookmark and Share
Berbagi-Kreativitas.blogspot.com - Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan yaitu tentang Syarat Wajib Puasa:
  1. Islam; tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad dari agama.
  2. Berakal; tidak sah puasa orang gila dan juga kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana puasa memerlukan niat dan niat ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang berakal saja.
  3. Bebas dari haid dan nifas; tidak sah puasa orang yang kedatangan haid dan nifas, malah diharamkan bagi mereka berdua berpuasa.
  4. Puasa dilakukan pada hari-hari yang diharuskan berpuasa; hari-hari sepanjang tahun merupakan waktu yang harus berpuasa kecuali dua hari raya, hari-hari tasyrik dan hari syak atau dapat dilihat tentang hari-hari yang dilarang untuk berpuasa. Orang-orang yang tidak memiliki syarat-syarat di atas atau salah satu darinya, tidak sah puasanya.
Apa hukum puasa bagi kanak-kanak?

Kanak-kanak apabila telah mumayyiz, sah untuk puasanya tetapi belum wajib. Apabila sampai umurnya tujuh tahun, ibu-bapa atau penjaganya hendaklah melatihnya berpuasa –jika tiada halangan baginya sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda mengenai sholat. Apabila ia mencecah usia baligh, wajib atasnya berpuasa.

Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); “Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat tatkala mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika enggan menunaikannya) tatkala mereka berumur 10 tahun. Pisahkanlah antara mereka (yakni antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan) pada tempat-tempat tidur mereka (ketika berumur 10 tahun itu)”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah Ibn ‘Amru r.a.)

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger